Thursday, March 31, 2016

kepentingan menjaga pemakananan yang seimbang



Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.


Senarai ahli kumpulan




                                                       KUMPULAN 1                                                            
1. Asyurizan                 
2.Farah Amirah
3. Muhammad Yusuf Haikal
4. Athirah
5.Nurlaili


KUMPULAN 2

1.Mohd Faiz
2. Syazwani
3. Muhammad Shamil Aiman
4. Nurul Shafiqah
5 Jazlyn
6. Amira nazira

KUMPULAN 3

1. Amer Nadzmi
2. Zafirah
3.Amirul Afiq
4.Siti Nur Rihadatul
5. Farah Shahidah

KUMPULAN 4

1. Mohamad Khairil Azib
2. Najiha
3.Muizzuddin
4. Siti Aisyah
5. Anis Fazreen

KUMPULAN 5

1.Aiman Hanafi
2. Afiqah
3. Nu'man
4. Nuraini
5. Aqilah Halim

KUMPULAN 6

1. Muhammad Emmyr
2. Mohammad Faiz Khamis
3. Aqilah Kadir
4. Aishah Fasiha
5. Hidayah Azhar

Tugasan 3

Tugasan 3

Assalamualaikum  semua....sihat...wah ceria je semuanya...ni mesti banyak tenaga ni.....

  "minum milo anda jadi sihat dan kuat "...cuba nyanyi kan lirik lagu ni ramai-ramai ...hihiiihiii..ok tanpa menlengahkan masa jom kita try tugasan ni....




Image result for soccer cartoon





Sekumpulan pelajar telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Mereka perlu menjalani sesi latihan yang berkala untuk meningkatkan stamina.Disamping itu juga mereka perlu menjaga pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan yang baik semasa perlawanan berlangsung.Rancang dan rasionalkan menu yang sepatutnya diambil oleh pelajar yang menyertai pertandingan tersebut..


Image result for muslimah teacher cartoon


SELAMAT MENCUBA....ANDA PERCAYA ANDA BERJAYA....


tugasan 2

 Tugasan 2

Image result for muslimah teacher cartoon
assalamualaikum semua.... apa khabar anak-anak murid teacher yang comel semua...dah makan ke....baguss dah makan ye...okay kalau da kenyang tu ucapkan alhamdu...lillah...okay  makan pun dah sudah kan...jom exercise minda sikit ye anak-anak semua....ni haa sedikit exercise untuk anak anak semua...

Image result for muslimah teacher cartoon




Proses pencernaan makanan adalah salah satu proses yang berlaku dalam badan manusia untuk memecahkan molekul makanan kompleks kepada makanan ringkas yang boleh diserap oleh badan.Huraikan pada setiap peringkat bagaimana makanan yang dimakan dapat dicernakan di sepanjang salur pencernaan.

Image result for food cartoon
Nampak sedapnye burger ni.....

SELAMAT MENCUBA YE MURID-MURID...GOOD LUCK

Image result for muslimah teacher cartoon

Tuesday, March 22, 2016

Tugasan 1


Tugasan 1

Assalamualaikum semua....senyum je tu....baguslah senyum itu satu sedekah...jangan stress...ceria selalu......
eh...apakata kita tengok video  cite...korea...nak tak..nak tak...oo tak nak??? eh pelik kan ke korang suke korea...GENERASI Z


Image result for korea cartoon
oo da tak suke yea...ingat suke...hurmm xpe laa korang tengok video yang teacher link kan kat bawah ni....





setiap kumpulan perlu melihat video di atas menerusi link yang diberi https://www.youtube.com/watch?v=lmPhYkXv12Y

Bincangkan dalam kumpulan mengenai isi kandungan video tersebut . Beri cadangan dan komen terhadap video tersebut.




Image result for muslimah cartoon characters

SELAMAT MENCUBA........